SARUNG telefon bimbit adalah refleksi personaliti pemiliknya. Kebanyakan kita memilih sarung yang mempunyai pelbagai corak, gambar, nama dan sebagainya.
Selain melindungi telefon bimbit, ia juga mencantikkan telefon bimbit dan menjadi satu aksesori penting. Kuasa beli tinggi terhadap sarung telefon bimbit mendorong pengusaha sarung telefon bimbit kreatif dan bijak mengambil peluang menjana pendapatan.
Ada yang menjual sarung telefon bimbit yang diimport, sarung telefon bimbit buatan sendiri (custom design), menginovasinya daripada pelbagai material yang pastinya memberikan kelainan dan keunikan yang tersendiri.
Bagi jururawat, Noradila Abdul Wahab berkata, dia sudah lama mengetahui mengenai sarung telefon bimbit kayu dan melakukan carian ii Internet kerana berminat dengan konsep keaslian pada produk tersebut.
"Ia mempunyai keunikan dan identiti tersendiri serta 'rare' ditambah dengan ketelitian yang diperlukan semasa membuatnya.
"Saya membeli sarung telefon bimbit kayu untuk iPhone 7 Plus dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan," katanya.
Setakat ini, dia mempunyai tiga sarung telefon bimbit kayu dan sarung telefon bimbit lain kerana menyukai gajet serta segala aksesori berkaitannya.
"Saya mengetahui sarung telefon bimbit kayu melalui media sosial. Saya tempah dua unit dan berpuas hati kerana ia lebih terletak dan tahan lasak.
"Ramai yang tidak menyangka harga sarung telefon bimbit kayu lebih murah berbanding yang lain," katanya.
Bagi pemilik Ukirstudio, Amirul Affi Romli berkata, sarung telefon bimbit kayu yang diusahakannya dengan menggunakan kayu rosewood dan cherrywood sejak beberapa bulan lalu mendapat sambutan yang memberangsangkan.
"Alhamdulillah, saya terkejut kerana dapat banyak tempahan. Pada awalnya tempahan sekitar 30 unit sebulan, namun tempahan meningkat antara 100 sehingga 150 unit sebulan sejak Disember lepas. Ia menjadi pilihan kerana ringan, mudah dibawa dan tidak mengembang jika terkena air," ujarnya.
Katanya, setakat ini, dia hanya menyediakan sarung telefon bimbit untuk model iPhone bermula dari generasi iPhone 5 sehingga yang terbaru iPhone 7 dan 7 Plus.
"Selepas tamat pengajian nanti, Insya-ALLAH saya akan menghasilkan sendiri untuk semua jenis telefon bimbit," kata penuntut jurusan seni bina di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Katanya, sarung telefon bimbit itu dijual secara atas talian (online) sepenuhnya. Ia dijual pada harga RM50 sehingga RM60 termasuk caj perkhidmatan.
Selain melindungi telefon bimbit, ia juga mencantikkan telefon bimbit dan menjadi satu aksesori penting. Kuasa beli tinggi terhadap sarung telefon bimbit mendorong pengusaha sarung telefon bimbit kreatif dan bijak mengambil peluang menjana pendapatan.
Ada yang menjual sarung telefon bimbit yang diimport, sarung telefon bimbit buatan sendiri (custom design), menginovasinya daripada pelbagai material yang pastinya memberikan kelainan dan keunikan yang tersendiri.
Bagi jururawat, Noradila Abdul Wahab berkata, dia sudah lama mengetahui mengenai sarung telefon bimbit kayu dan melakukan carian ii Internet kerana berminat dengan konsep keaslian pada produk tersebut.
"Saya membeli sarung telefon bimbit kayu untuk iPhone 7 Plus dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan," katanya.
Setakat ini, dia mempunyai tiga sarung telefon bimbit kayu dan sarung telefon bimbit lain kerana menyukai gajet serta segala aksesori berkaitannya.
Sambutan memberangsangkan
Sementara itu, seorang guru, Siti Hilda Mhd Ghozir berkata, dia menempah dua unit sarung telefon bimbit kayu dan berpuas hati dihiaskan di telefon bimbit miliknya."Saya mengetahui sarung telefon bimbit kayu melalui media sosial. Saya tempah dua unit dan berpuas hati kerana ia lebih terletak dan tahan lasak.