Monday, May 15, 2017

Nora Akur Pemintaan Suami, Bersedia Berhenti Berlakon



Nora Danish.
KUALA LUMPUR: Akur dengan permintaan suaminya Nedim Nadzri, aktres Nora Danish berkata, dia bersedia untuk meninggalkan kerjaya lakonan demi memberi keutamaan kepada keluarganya.
Bagaimanapun, pelakon yang dikenali dengan sitkom Puteri ini berkata, tindakan yang akan diambil itu bukanlah secara drastik, sebaliknya, secara perlahan-lahan.
"Kalau itu permintaan dia, saya akur dan cuba mematuhinya demi keluarga. Namun, saya tidak akan terus berhenti secara mendadak.
"Selepas berkahwin saya perlu meletakkan suami dan keluarga sebagai keutamaan, buat masa ini saya mungkin akan lebih memilih tawaran yang datang," ujarnya.
Nora melancarkan koleksi terbaharu Owl By Nora Danish.
Nora atau Nora Danish Mohd Hanif, 36, mengulas kenyataan suaminya pada Khamis lalu di laman sosial yang mahu dia berhenti daripada bidang lakonan.
Dia ditemui pada majlis pertunjukan fesyen Owl By ND di Gaya Koleksi Raya 2017 yang diadakan di Publika di sini, malam Jumaat.
Pelakon ini mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Glass House, dekat sini.
Dalam pada itu, mengulas tentang perjalanan perkahwinan tersebut, Nora berkata, kehidupannya kini lebih bahagia dan sempurna.
"Saya bersyukur dipertemukan dengan lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab. Dia juga seorang yang pandai masak. Buat masa ini kami belum berkesempatan untuk berbulan madu," ujarnya.
Sementara itu, bercakap tentang koleksi jenama pakaiannya, Nora melancarkan sebanyak 21 rekaan koleksi baju kurung sempena Syawal akan datang.
"Tahun lalu kami buat penggambaran di Iceland dan tahun ini kami memilih Amerika Syarikat sebagai lokasi fotografi. Selain, bekerja, kami juga ambil kesempatan itu untuk bercuti bersama keluarga," ujarnya.

1 comment:

  1. SELAMAT DATANG DI WWW.TOKO4D.NET
    *** 1 USER ID UNTUK SEMUA GAME ***
    SPORTBOOK | LIVECASINO | E-GAMES | TOGEL | POKER | SABUNGAYAM
    Toko4d Tersedia 8 Pasaran Terbaik...
    Discount : 2D : 29% | 3D : 59% | 4D : 66%
    www.prediksitogeltoko4dd.blogspot.com
    - Singapore
    - Sydney
    - Hongkong
    - Magnum4d
    - Kuching
    - Wales
    - Serbia
    - Petaling
    Promo Terbaru TOKO4D.NET :
    - Bonus Deposit MEMBER BARU Sportbook 100%
    - Bonus Deposit Sportbook 30% Setiap Hari
    - Bonus Deposit 10% Setiap Hari Untuk Semua Game
    - Bonus Casino Rollingan 0.8% Setiap Hari Senin
    - Bonus Cashback Sabungayam 15%
    - Bonus Cashback Sportbook 15%
    - Bonus Cashback E-Games 20%
    - Bonus Cashback Mixparlay 100%
    - Bonus Rollingan Poker & domino 0,3%
    - Bonus Referall 2% Semua Game
    - Bonus Referall 1% dari member Togel
    MIN DEPO & WD CUMA Rp.50.000,-
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    LIVECHAT TOKO4D.NET 24 JAM ONLINE
    Pin BBM : D8AEF213 | 2BAA30F5
    LINE : TOKO4D
    WECHAT : TOKO4DCS1
    SKYPE : TOKO4D
    GMAIL : toko4d@gmail.com
    WA +855973820012

    Togel Online
    Kasino Online
    Agen Sabung Ayam
    Judi Casino
    Agen Casino
    Agen Togel
    Judi Togel
    Agen Judi
    Judi Online
    Judi Casino
    Agen Casino
    Judi Bola
    Agen Bola

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: