PETALING JAYA: Pelakon Ezlynn mengambil pendekatan untuk tidak memberi sebarang komen situasi rumah tangganya ketika ini kerana hal itu akan mengganggu emosinya.
Ezlynn, 35, yang kini dirawat di sebuah pusat perubatan swasta akibat demam viral mahu memberi perhatian terhadap kesihatannya terlebih dahulu daripada memikirkan perkara lain.
"Saya tidak mahu komen tentang itu, memandangkan dia (suami), ia akan buat saya lebih tertekan.
"Saya mahu fokus kepada kesihatan saya dahulu. Apa-apa boleh hubungi pengurus saya untuk yang lain.
"Saya harap awak dapat memahami keadaan saya," ujarnya.
Ezlynn diminta mengulas mengenai situasi rumah tangganya dengan Adam Fahmi Shamsuddin yang dikatakan goyang ketika ini.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 namun masih belum dikurniakan cahaya mata.
Ezlynn pada status Instagram yang kongsinya pada malam Khamis memaklumkan dia berada dalam keadaan tertekan dan terkejut sehingga jatuh sakit.
"Kalah juga akhirnya, tak sangka, badan dan fikiran saya terperanjat, sangat tertekan dengan apa yang berlaku malam tadi. Terima kasih atas doa semua dan kekuatan yang diberikan... Insya-Allah semuanya ok," tulisnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: