Rosmini mendapat RM350 bagi jualan 5,000 botol yang dibeli dengan harga 10sen tiga botol dari penduduk sekitar.
PASIR MAS - Seorang wanita buntu memikirkan masa depan keluarganya apabila dia kekurangan modal untuk meneruskan perniagaan jual beli botol kosong yang diusahakan sejak tahun lalu.
Rosmini Ismail, 42, berkata, perniagaan itu dijalankan bagi membantu menambah pendapatan keluarga selepas suaminya, Aziz Ibrahim, 48, disahkan menghidap penyakit barah otak dan kanser paru-baru.
“Saya beli botol kosong dengan penduduk di sekitar Chetok, Sungai Keladi dan beberapa buah kampung pada harga 10 sen bagi tiga botol.
“Setiap bulan saya dapat kira-kira RM350 daripada 5,000 botol yang dijual kepada sebuah kilang di Pasir Puteh.
“Kami ada dapat bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM400, tapi tak cukup sebab suami perlu belanja besar," katanya.