MENGAMBIL kira sisi kemanusiaan juga rasa prihatin yang menebal terhadap nasib dan penderitaan etnik Rohingya, mendorong lagenda muzik berwibawa, Datuk Ramli Sarip dengan kerjasama Rasamusic Sdn.
Bhd untuk menganjurkan konsert khusus bagi membantu golongan tidak bernasib baik itu.
Konsert yang diberi nama Konsert Pelarian ‘Semoga Kau Selamat Di Bumimu’ itu bakal dilangsungkan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2017 depan.
Sehari sebelum konsert berlangsung, Majlis Gala Dinner berkonsepkan persembahan akustik akan diadakan di lokasi sama.
Menurut Ramli Sarip, Konsert Pelarian ‘Semoga Kau Selamat Di Bumimu‘ adalah kesinambungan daripada beberapa siri konsert kemanusiaan lain yang pernah dilakukannya sebelum ini.
Antaranya ialah Blues Buat Teman Tour 2014 dan juga Konsert Doa Langit dan Bumi untuk membantu mangsa-mangsa banjir bersama Datuk M Nasir, Datuk Awie dan Hattan.
Konsert tersebut telah berlangsung pada 22 Februari 2015 lalu.
“Ujian yang diberikan kepada etnik Rohingya terlalu berat dan atas rasa kemanusiaan serta keprihatinan yang cukup mendalam kita, saya terpanggil untuk membantu.
“Saya juga berharap apa yang saya lakukan ini dapat memberikan semangat kepada artis remaja untuk melakukan perkara sama.
“Apa yang berlaku terhadap etnik Rohingya ini boleh berlaku di mana-mana sahaja.
“Kita tidak boleh selesa dan sebetulnya negara kita sangat bertuah kerana kita masih mampu hidup dalam keadaan yang tenang dan aman.
Kita harus bersyukur atas rahmat yang Tuhan berikan ini,” katanya.
Pihak Kopi Pak Belalang seperti yang dipetik amat berbesar hati dapat menjayakan program amal seperti Konsert Pelarian ini, memandangkan tujuan ia dilangsungkan adalah untuk berhibur sambil beramal.
Bhd untuk menganjurkan konsert khusus bagi membantu golongan tidak bernasib baik itu.
Konsert yang diberi nama Konsert Pelarian ‘Semoga Kau Selamat Di Bumimu’ itu bakal dilangsungkan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 26 Ogos 2017 depan.
Sehari sebelum konsert berlangsung, Majlis Gala Dinner berkonsepkan persembahan akustik akan diadakan di lokasi sama.
Antaranya ialah Blues Buat Teman Tour 2014 dan juga Konsert Doa Langit dan Bumi untuk membantu mangsa-mangsa banjir bersama Datuk M Nasir, Datuk Awie dan Hattan.
Konsert tersebut telah berlangsung pada 22 Februari 2015 lalu.
“Ujian yang diberikan kepada etnik Rohingya terlalu berat dan atas rasa kemanusiaan serta keprihatinan yang cukup mendalam kita, saya terpanggil untuk membantu.
“Saya juga berharap apa yang saya lakukan ini dapat memberikan semangat kepada artis remaja untuk melakukan perkara sama.
“Apa yang berlaku terhadap etnik Rohingya ini boleh berlaku di mana-mana sahaja.
“Kita tidak boleh selesa dan sebetulnya negara kita sangat bertuah kerana kita masih mampu hidup dalam keadaan yang tenang dan aman.
Kita harus bersyukur atas rahmat yang Tuhan berikan ini,” katanya.
KOPI PAK BELALANG PENAJA UTAMA
Sementara itu, Kopi Pak Belalang (KPB) keluaran Classic Worldwide Corporation (M) Sdn. Bhd (CWC) pula menjadi penaja utama bagi konsert istimewa tersebut yang sekali gus memberi signal terhadap keprihatinan pihak karporat di dalam membantu mereka yang memerlukan.Pihak Kopi Pak Belalang seperti yang dipetik amat berbesar hati dapat menjayakan program amal seperti Konsert Pelarian ini, memandangkan tujuan ia dilangsungkan adalah untuk berhibur sambil beramal.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: