Friday, February 3, 2017

Darah Beku Di Kepala, James Tinggalkan Royal Pirates




James Lee mengambil keputusan meninggalkan kumpulan Royal Pirates selepas mengalami masalah kesihatan.
ANGGOTA Royal Pirates iaitu James Lee mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya daripada kumpulan itu baru-baru ini.
Koreaboo melaporkan James atau Lee Joo Hyun dalam surat terbuka yang dimuat naik di Instagram miliknya memberitahu masalah kesihatannya yang semakin merosot punca dia mengambil keputusan itu.

"Saya cuba untuk mengharungi masalah yang saya hadapi sebaik mungkin namun saya perlu lakukan apa yang betul untuk diri saya.

"Dalam jangka masa dua tahun ini saya cuba kuatkan semangat namun baru-baru doktor mengesahkan terdapat ketulan darah beku pada bahagian otak saya.

"Jadi saya ambil keputusan untuk mengundurkan diri tetapi bukan kerana mengalah tetapi memperbetulkan kembali kehidupan saya," katanya.

James sebelum ini mengalami kecederaan parah pada bahagian pergelangan tangannya tiga tahun lalu selepas dihempap pintu.

Akibat kejadian itu dia terpaksa menjalani enam pembedahan sehingga terpaksa berehat seketika daripada bidang seni.

Dalam pada itu, James berkata, ketulan darah beku di otaknya perlu dirawat segera kerana dia boleh diserang angin ahmar dan penyakit lain sekiranya tidak di rawat dengan betul.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: