ALOR SETAR - Pertubuhan Kebajikan Raudatul Muhibbin Kedah akan menganjurkan Program 24 Jam Selawat bersempena sambutan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammmad SAW pada 12 Rabiul’Awal 1438 Hijrah.
Pengerusinya, Sukarno Abd Hamid berkata, program tersebut akan diadakan pada 11 Disember ini bermula jam 6 petang dan akan tamat pada jam 7.30 pagi keesokannya.
Menurutnya, seramai 20 kumpulan qasidah yang datang dari seluruh negara akan turut serta memeriahkan program ini.
"Bagi menyemarakkan aura kecintaan kepada Rasulullah SAW, program berkenaan juga turut dijalankan serentak di beberapa tempat.
“Antaranya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang akan dipimpin oleh Ustaz Muhadir Joll, Markas Itqan di Mesir dan juga Banjar Masin (Indonesia).
“Selain itu program ini juga akan disertai oleh jemaah yang sedang mengerjakan ibadah umrah di Mekah dan Madinah,” katanya ketika ditemui, semalam.
Sukarno berkata, orang ramai turut dijemput hadir ke Masjid Al- Bukhari, Alor Setar pada 11 Disember ini untuk sama-sama berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Sekiranya tidak dapat hadir, mereka boleh juga melakukannya di rumah. Di mana kita berselawat itu tidak penting, yang penting kita sama-sama melahirkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW.
“Kami juga mengalu-alukan persatuan atau pertubuhan yang berhasrat untuk turut serta dalam program ini.
“Mereka boleh berhubung dengan pihak kami untuk sesi pendaftaran,” katanya yang mensasarkan bacaan selawat melebihi 100,000 kali untuk tempoh 24 jam berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: