PORT DICKSON - Cubaan dua lelaki mencuri lembu dengan menyumbat haiwan ternakan itu di tempat duduk belakang sebuah kereta jenis Produa Bezza gagal apabila kenderaan itu terbabas di jalan kebun berhampiran laluan pintas antara Kampung Cina Batu 6 ke Taman Intan Perdana sekitar jam 9.30 pagi tadi.
Kereta yang dipandu salah seorang suspek itu terbabas masuk ke dalam lubang di laluan tanah merah kebun kelapa sawit ketika cuba meloloskan diri daripada kepungan pemilik lembu yang menyedari kegiatan suspek.

Menurut pemilik lembu berkenaan, Chukuni Ali,63, dia telah menghidu akan ada kegiatan curi lembu itu dan segera memaklumkan kepada rakannya untuk menghalangnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superitendan Adzli Abu Shah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.