TENNESSEE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang lelaki yang dipenjarakan selama 31 tahun atas kesalahan yang tidak dilakukannya hanya diberi ganti rugi sebanyak AS$75 (RM335.55).
Menurut laporan Fox 5, Lawrence McKinney mula dipenjarakan pada 1978 ketika berusia 22 tahun untuk hukuman penjara 115 tahun selepas didapati 'bersalah' atas tuduhan merogol dan merompak jirannya.
Lawrence dibebaskan dari penjara dan segala dakwaan pada 2009 selepas laporan DNA membuktikan beliau tidak bersalah.
Beliau kemudian hanya diberikan AS$75 sebagai 'ganti rugi'.
Lawrence yang kini berumur 61 tahun telah memfailkan petisyen untuk ganti rugi dari kerajaan sebanyak AS$1 juta.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: