JOHOR BAHRU – Seorang bapa sanggup meluangkan masa menyediakan pakaian seragam bomba menggunakan barangan terpakai demi memenuhi hasrat anak sulungnya yang amat meminati pasukan penyelamat itu.
Muhammad Arif Farhan Mohd Firdaus, 5, kelihatan teruja mengenakan pakaian seragam dan replika pemadam api yang dihasilkan daripada barangan terpakai itu semasa kempen keselamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Plentong, baru-baru ini.
Katanya, pakaian itu disediakan sendiri oleh bapanya, Mohd Firdaus Mohd Yusof, 25, kira-kira dua tahun lalu dan dia amat meminati pasukan bomba kerana tugas mereka yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang dalam kesusahan.
“Saya selalu nampak bomba selamatkan orang kemalangan di tepi jalan, lepas itu bila ada rumah terbakar, bomba akan datang padamkan api.
“Bila besar nanti, saya nak jadi bomba sebab boleh tolong orang ramai. Saya pun suka tengok cerita pasukan bomba di televisyen,” katanya.
Sementara itu ibunya, Nor Farah Fuad, 27, berkata, anak sulung daripada dua beradik itu mula meminati pasukan bomba sejak berusia dua tahun menyebabkan suaminya mengambil inisiatif menghasilkan sendiri pakaian seragam itu.
“Pakaian bomba bagi kanak-kanak seusia Muhammad Arif agak sukar dicari, jadi suami ambil inisiatif menghasilkan pakaian seragam lengkap dengan peralatan oksigen mainan serta ‘walkie talkie’ dan kasut daripada barangan terpakai.
“Malah tali penyangkut seluar pula hanya menggunakan tali beg sekolah yang sudah tidak digunakan lagi,” katanya.
Nor Farah berkata, dia turut meluangkan masa hampir setiap hari membawa Muhammad Arif melawat ke balai bomba dan penyelamat (BBP) berhampiran rumah mereka sebagai sokongan terhadap minat anaknya itu.
“Sebelum ini kami kerap berhenti menghulurkan bantuan sekiranya berlaku kemalangan ketika kami dalam perjalanan ke mana-mana tempat.
“Mungkin dari situ Muhammad Arif mula menanam minat untuk membantu orang ramai dan mengagumi tugas bomba dan menjadikan mereka sebagai idolanya,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: