SETIU – Sumber pendapatan keluarga dengan hanya bergantung kepada hasil pendapatan gerai jualan yang diusahakan oleh ibunya tidak menghalang seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Penarek untuk mencapai keputusan cemerlang.
Wan Syahidatul Faeizah Wan Maudi berjaya mendapat keputusan 10A dalam peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang diumumkan, Isnin lalu.
Pelajar cemerlang itu juga bercita-cita untuk menjadi doktor pada suatu hari nanti agar boleh mengubati penyakit jantung dan kencing manis yang dialami oleh ibu dan bapanya ketika ini.
“Walaupun menyedari perjalanannya untuk mencapai cita-cita masih jauh, namun saya bertekad ingin lebih berjaya pada masa akan datang dan menjadi kebanggaan ibu dan bapa.
“Malah, kejayaan saya ini juga hasil sokongan daripada keluarga yang memainkan peranan penting dalam kejayaan kerana mereka merupakan sumber inspirasi untuk saya mencapai cita-cita nanti," katanya. Menurutnya, kelas latih tubi Empower ECER pada hujung minggu telah memberi manfaat buatnya untuk mengisi masa lapang dengan melakukan ulang kaji dan menjawab soalan latih tubi dengan bimbingan guru-guru pakar melalui kaedah dan cara yang berkesan.
“Beberapa pengisian dalam program Empower ECER anjuran bersama pihak Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) seperti Character Building dan Love Letter To Parents membentuk ciri-ciri kepimpinan dinamik serta membina jati diri tinggi untuk jadi insan cemerlang.” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: