ALOR SETAR - Sebut sahaja nasi mendy, pasti ramai terbayangkan satu hidangan nasi yang berasnya sangat panjang dan digandingkan bersama lauk ayam atau kambing yang cukup menyelerakan.
Namun, bukan semua hidangan ini mampu mengekalkan kelazatan asli nasi mendy yang berasal dari Hadharamaut, Yaman itu.
Bagi Mohamed Nazir Desa, 50, pengusaha Restoran Makanan Arab Puji Arabian Delight, resipi nasi mendy diasaskan oleh lima orang chef, iaitu dua dari Yaman, seorang dari Mesir dan dua orang tempatan.
“Resepi nasi mendy di sini, dipantau oleh mereka setiap tiga kali setahun untuk pastikan kualiti nasi mendy di sini dikekalkan,” katanya, ketika ditemui di restorannya.
Menurutnya, di Yaman, nasi mendy dimasak menggunakan wap dan penyediaannya dilakukan dalam ketuhar tradisional yang dikenali sebagai tannur.
“Namun apabila resipi ini dibawa ke Malaysia, kita olah cara memasak ikut kesesuaian tempat di sini,” katanya.
Mohamed Nazir berkata, biarpun hidangan nasi mendy beliau telah diolah mengikut cita rasa tempatan, namun dia masih mengekalkan rasa nasi dan lauk dari sana, malah menggunakan beras basmathi yang di datangkan khas dari Pakistan.
“Orang ramai boleh menikmati keenakan nasi mendy di sini dengan harga serendah RM10 untuk seorang makan sehingga RM40 untuk set empat orang makan yang turut dihidangkan di dalam talam.
“Setiap hidangan terdapat nasi bersama lauk pilihan iaitu kambing atau ayam, acar timun, air asam dan sup kambing.
Menurutnya, selain menu nasi mendy yang menjadi hidangan popular pelanggan, restorannya turut menyediakan pelbagai jenis makanan Arab seperti shawarma dan hummuz.
“Restoran kami terletak di Taman Jelatek berhadapan Masjid Al- Bukhari, Alor Setar dan beroperasi pada setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: