TOKYO - JEPUN. Sebuah syarikat teknologi telah melancarkan peranti teman wanita maya yang berperanan yang boleh menghantar teks sepanjang hari dan mengambil berat tentang anda.
Menurut laporan mirror.co.uk, syarikat pengasas peranti itu, Gatebox menghasilkan teknologi tersebut khusus untuk mereka yang hidup bersendirian.
Peranti ini meliputi satu holografik robot kecil yang boleh mengawal masa, pencahayaan dan juga menghantar mesej kepada anda.
Selain itu, terdapat juga iklan berdurasi 2 minit menceritakan seorang lelaki yang kesepian kelihatan seronok dapat berinteraksi dengan teman wanita mayanya.
Walaupun bagi sesetengah orang melihat perkara ini sebagai menyeramkan namun bagi mereka yang kesepian, peranti ini sangat membantu.
Bagaimanapun, difahamkan teknologi sebegini tidak murah harganya, ia bermula dengan harga 2,185 Yen (RM12,214.50).