SHAH ALAM - Pesta Orkid dan Flora yang sudah memasuki hari kelima semalam terus mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung.
Pesta selama 10 hari yang berlangsung di JRD Batang Kali, Hulu Selangor bermula 23 Disember lalu ini menampilkan pelbagai produk pertanian terkini dari pelbagai spesies orkid, tumbuhan herba, pokok buah-buahan dan lain-lain produk pertanian ini pastinya akan membuatkan pengunjung terpesona.
Tidak cukup dengan itu, Pesta Orkid dan Flora ini juga turut dimeriahkan dengan pameran haiwan eksotik yang menjadi antara daya penarik pesta ini.
Pengunjung yang datang ke sini boleh bergambar dengan haiwan-haiwan eksotik seperti rakun dari Jerman, skunk Eropah, sugar glider, landak China dan tupai tanah dari Afrika.
Lebih menarik lagi, pesta ini juga turut menampilkan booth fesyen Muslimah dan hijab, produk kosmetik, perkakasan dapur dan pelbagai lagi produk yang pastinya menarik untuk pengunjung.
Eksekutif Pemasaran BMC Venture, Noormazura Nor Mahadzan berkata, sambutan luar biasa ini dijangka akan berterusan sehingga hari terakhir Pesta Orkid dan Flora.
“Aktiviti-aktiviti menarik ini akan berterusan sehingga hari terakhir pesta yang mana, pada 31 Disember nanti, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan dari EJ Samudera.
“Di hari penutup nanti pula, kita akan adakan cabutan bertuah yang mana pelbagai hadiah menarik akan menanti pengunjung,” katanya.
Beliau turut berharap orang ramai terutama yang berada di sekitar Lembah Klang untuk tidak melepaskan peluang berkunjung ke sini.
Pesta anjuran BMC Venture milik Sayed Mohd Asri Sayed Mothar ini akan berakhir pada 1 Januari 2017.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: