KUALA TERENGGANU – Pau dengan pelbagai perisa menjadi taruhan, seorang pengusaha makanan sejuk beku sejak 12 tahun lalu.
Produk syarikat NABZ Food Industries Sdn Bhd yang dikenali ‘Pau Nurul’ bukan sudah tidak asing lagi buat masyarakat di negeri Terengganu, malah bukan saja berjaya menembusi beberapa pasar raya terkenal tempatan malah luar Terengganu juga.
Pau Nurul menawarkan lapan perisa istimewa, termasuk kacang merah, strawberi, kaya, kelapa, coklat dan kari ayam.
Pengurusnya, Nor Aini Zakaria, 45, berkata, perniagaan itu bermula dengan modal sendiri sebanyak RM7,500, namun dari masa ke semasa perusahaan itu semakin berkembang dan mendapat perhatian ramai pihak.
“Seiring dengan arus kemodenan hari ini, pembuatan pau di kilang saya juga menggunakan mesin seratus peratus serta tujuh orang pembantu bagi menampung permintaan yang sentiasa bertambah dari masa ke semasa.
“Kesemua proses pembuatan menggunakan mesin di mana sekurang-kurangnya, perlu menyediakan 3,600 biji pau sehari. Jika harapkan kerja-kerja manual mungkin agak sukar memenuhi permintaan,” katanya.
Namun, walaupun mengguna mesin sepenuhnya, kualiti dan bahan-bahan dipastikan mengikut sukatan dan piawaian ditetapkan.
Bagaimanapun, tanpa adanya bantuan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), SME Bank, Tekun atau Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mungkin agak sukar sedikit untuk sama mengembangkan lagi perniagaan ini.
Justeru, tidak hairanlah dengan kegigihan dilakukannya itu, beliau peroleh pelbagai pengiktirafan serta memenangi pelbagai anugerah antaranya Anugerah Usahawan YPU, Anugerah Usahawan Negeri Terengganu dan sebagainya.
Nor Aini berkata bagi memastikan Pau Nurul terus berkembang, NABZ tampil dengan cara tersendiri iaitu dengan cara mempromosikan produk dengan van bergerak.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: