AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit dan bonus sebanyak 0.50 sen seunit untuk tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB), bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, lebih sembilan juta pemegang unit yang melanggan lebih daripada 143 bilion unit ASB akan menikmati pengagihan pendapatan berjumlah RM9.78 bilion dan pengagihan bonus berjumlah RM500.40 juta.
“Kami bersyukur dengan prestasi ASB yang masih mampu beri pulangan yang kompetitif serta pulangan yang terbaik dalam kalangan instrumen yang seumpamanya meskipun pulangan pasaran saham telah mencatatkan pulangan negatif dalam tempoh tiga tahun berturut-turut,” katanya pada majlis pengumuman agihan pendapatan ASB, semalam.
Pada majlis sama, Abdul Wahid turut mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tabung unit amanah harga berubah pertamanya, Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tempoh kewangan berakhir 31 Disember 2016.
“Jumlah pengagihan sebanyak RM92.86 juta itu akan dimanfaatkan oleh lebih 1.2 pemegang unit yang melanggan lebih daripada 1.85 bilion unit ASN,” katanya.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB dikreditkan secara automatik ke akaun pemegang unit pada 1 Januari 2017.
Sementara pembayaran pengagihan pendapatan ASN dilaburkan secara automatik dan dikreditkan ke buku pelaburan pemegang unit pada 1 Januari 2017 berdasarkan nilai aset bersih ASN pada 31 Disember 2016.
"Semua urus niaga ASB dan ASN ditangguhkan pada 22 Disember 2016 sehingga 2 Januari 2017 untuk tujuan pengiraan pengagihan pendapatan bagi 2016. Urus niaga berjalan seperti biasa bermula 3 Januari 2017,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: