Friday, December 16, 2016

Giliran Song Ji Hyo & Kim Joong Kook Tinggalkan 'Running Man'




Song Ji Hyo dan Kim Joong Kook tinggalkan program Running Man.
BINTANG terkenal Song Ji Hyo dan Kim Joong Kook secara rasmi mengikut jejak langkah rakan mereka, Kang Gary apabila mengambil keputusan meninggalkan program Running Man.
Syarikat pengurusan Ji Hyo dalam satu kenyataan turut mengesahkan mengenai perkara itu memberitahu keputusan itu dibuat selepas melakukan perbincangan dengan pihak penerbit.

Menurut wakil syarikat itu, Ji Hyo ingin memberi fokus kepada karier lakonan namun mengakui sukar membuat keputusan tersebut.

"Masanya agak terhad dan perlu berkejar-kejar di antara penggambaran drama dan rakaman Running Man.

"Pada akhirnya dia memilih untuk fokus kepada bidang lakonan buat masa ini," kata wakil agensi aktres itu.

Jong Kook pula memberitahu masih belum mengesahkan tarikh sebenar dia akan membuat kemunculan terakhir namun nekad meninggalkan program itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: