Friday, December 16, 2016

Tindakan Kang Gary Padam Gambar Di Instagram Timbul Tanda Tanya




Kang Gary bertindak memadam gambar-gambarnya di Instagram miliknya selepas pengumuman dua lagi peserta Running Man meninggalkan program itu.
PENYANYI Kang Gary dilaporkan memadam semua gambar yang dimuat naik di Instagram miliknya, namun tiada sebarang penjelasan dibuat oleh bekas peserta program Running Man itu.
Koreaboo bagaimanapun melaporkan tindakan itu berkemungkinan ada kaitan dengan pengumuman dua rakan baiknya, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook yang disahkan akan meninggalkan program popular itu.
Instagram Kang Gary yang sudah tidak mempunyai sebarang gambar.
Ini kerana Gary memadam semua gambar-gambarnya beberapa jam selepas pengumuman itu dibuat.

Selain memadam gambar-gambarnya, Gary turut berhenti mengikut 145 profil yang sebelum ini diikutinya.

Terbaharu, media di Korea mendedahkan pengunduran Ji Hyo dan Jong Kook bukan atas kehendak mereka, sebaliknya mereka disingkirkan oleh pihak produksi tanpa diberitahu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: