Friday, December 16, 2016

Kim Joo Hyuk Sedang Hangat Bercinta Dengan Aktres Muda



Kim Joo Hyuk dan Lee Yoo Young dilaporkan sedang hangat bercinta.
PELAKON Kim Joo Hyuk dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang aktres muda iaitu Lee Yoo Young, 27 tahun.
Allkpop melaporkan hubungan itu mula terjalin selepas mereka sama-sama terlibat dalam filem Yourself and Yours yang diarahkan oleh Hong Sang Soo.

"Walaupun jarak usia berbeza namun personaliti dan persamaan yang ada membuatkan mereka serasi sehingga perbezaan usia tidak kelihatan ketara.

"Mereka tertarik di antara satu sama lain ketika penggambaran filem dan hubungan itu berlaku secara semulajadi," kata sumber.

Dalam pada itu, tidak seperti kebanyakan selebriti lain yang cuba menyorok status hubungan mereka, Joo Hyuk, 44, dan Yoo Young sangat terbuka mengenai perkara itu.

Malah mereka sering dilihat menghabiskan masa bersama di khalayak tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: