Friday, December 2, 2016

Beast Tubuh Agensi Sendiri Untuk Urus Kerjaya



KUMPULAN Beast membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak yang tamat pada Oktober lalu dengan pengurusan mereka Cube Entertainment.

Mereka dikhabarkan akan membentuk agensi sendiri yuang diberi nama Good Luck bagi menguruskan kerjaya nyanyian mereka sepenuhnya.

Bagaimanapun, sebelum ini Beast terkait dengan masalah hak cipta nama kumpulan itu yang dimiliki oleh agensi berkenaan ketika ditubuhkan pada tahun 2009.

Sumber memberitahu, perkara itu sudah selesai dan pihak Cube dikhabarkan sedang menyiapkan kontrak baharu berkaitan nama Beast itu.

Setakat ini tiada sebarang berita sama ada mekera akan emngekalkan nama Beast atau terpaksa menukar kepada nama baharu.

Kumpulan yang dianggotai lima orang ahli ini juga sedar akan berhadapan dengan masalah tersebut jika mengambil keputusan keluar daripada naungan Cube Entertainment.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: