PENGLIBATANNYA sebagai hos bukanlah perkara baru, namun dipilih sebagai perantara kepada program berbentuk ilmiah memberi seribu kelainan buat Anis Al-Idrus.
Anis atau nama sebenarnya, Sharifah Anis Syed Zainal Al-Idrus ini ketika dilamar Astro untuk mengacarakan program pencarian pendakwah, Pencetus Ummah (PU) musim keempat, melahirkan rasa terharu dan seronok ketika menerima tawaran tersebut.
Menganggapnya sebagai cabaran baru untuk portfolio seninya, Anis gembira diberi peluang sedemikian untuk mengacarakan program tersebut dan menganggap dirinya sebagai penyeri program berkenaan.
“Untuk pengetahuan, saya adalah wanita pertama yang mengacarakan PU kerana sebelum ini dihoskan lelaki,” katanya.
Menurut bekas graduan Management & Science University (MSU) itu, dia rasa bertuah kerana dapat bergandingan dengan pengacara popular, Faizal Ismail dan bekas peserta program itu sendiri, PU Azman.
Selain hos, Anis turut bertanggungjawab untuk menarik perhatian masyarakat supaya menonton rancangan tersebut.
“Masing-masing mempunyai kelebihan sendiri. Misalnya, PU Azman akan memberi input mengenai Islam manakala Faizal pula akan membuatkan program tersebut tampak meriah.
“Saya pula akan cuba tarik penonton di kalangan remaja untuk tonton PU. Sebab itu, saya mengacarakan PU secara santai,” jelasnya.
Pengalaman baru
Sejak mengacarakan PU, Anis akui banyak pengalaman positif yang diterimanya. Menurut pelakon drama Gemersik Kalbu itu, dia perlu mengetahui topik tazkirah yang akan disampaikan setiap peserta.
“Saya akan berbincang dengan rakan pengacara supaya apa yang kami sampaikan tidak lari dengan tajuk para peserta," ujarnya.
Ditanya perbezaan mengenai program yang pernah dihoskannya, Anis menjelaskan tidak banyak perbezaan program yang dikendalikannya sebelum ini. Menurutnya, isu kandungan sesebuah program itu menjadi perbezaan.
“Kalau mengendalikan rancangan masakan, saya kena tahu bahan-bahan untuk memasak. Kalau program wanita, I have to know what is makeup and what is fashion.
“Untuk program keagamaan, kita kena belajar sedikit sebanyak mengenai Islam dengan lebih mendalam supaya apabila kita melontarkan kata-kata semasa mengacara, tak adalah apa yang kita katakan itu adalah kosong,” ujarnya.
Anis berkata, dia mengacarakan PU secara santai kerana dia selesa dengan cara sebegitu.
Selain itu, dengan cara bersahaja, ini dapat menarik penonton, terutama sekali golongan remaja untuk menonton PU, sekali gus menanamkan perasaan sukakan program agama.
“Saya jenis yang santai. Jadi, sebelum saya menerima tawaran untuk mengacarakan program ini, saya beritahu pihak produksi yang saya akan mengacarakan program ini secara santai.
“Kalau mereka tidak bersetuju, mungkin saya tidak akan menerima tawaran hos ini,” tegasnya.
Bongkar kisah hijrah artis
Selain PU, Anis bakal tampil dalam program bual bicara, Aura Bintang terbitan Hypp TV pada awal tahun depan. Menurutnya, program tersebut berkisar mengenai kisah di sebalik penghijrahan seseorang selebriti ke arah kebaikan,
“Tidak semestinya isi kandungan program ini berkisar mengenai artis wanita daripada pakai tudung ke tak pakai tudung. Kalau artis yang mula mendalami Islam, kita akan jemput juga,” katanya.
Dia masih menjalani sesi penggambaran Aura Bintang, yang dijangka tamat sesi penggambarannya pada pertengahan bulan depan.
Antara artis yang bakal menjadi tetamu jemputan rancangan tersebut adalah Syatilla Melvin, Mia Ahmad, Jue Aziz dan Rozita Che Wan.
“Program ini a little bit special to everyone. Kita baru shoot dua episod dengan Syatilla Melvin yang tidak pernah menceritakan kisah mengapa dia kini bertudung.
“Jadi, Aura Bintang ini agak eksklusif dan masyarakat perlu menontonnya,” katanya.
Untuk kariernya sebagai pelakon, dia berehat sebentar daripada menerima sebarang tawaran daripada pengarah memandangkan jadualnya agak padat mengendalikan kedua-dua program tersebut.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: