Friday, December 2, 2016

Aktres Kim Yoo Jung Dikritik Hina Presiden Korea Selatan




Kim Yoo Jung
AKTRES Kim Yoo Jung dikritik kerana menghina Presiden Korea Selatan iaitu Park Geun Hye selepas memuat naik foto sotong dengan kapsyen slogan protes.

Disebabkan perkara itu juga penyokong presiden telah memboikot produk-produk yang diiklankan wanita itu.

Mereka juga berpendapat, pelakon dan model itu tidak seharusnya masuk campur dengan urusan politik negara itu.

Dia yang masih lagi pelajar juga dianggap tidak faham dengan isu politik yang berlaku dalam negara mereka.

Terdahulu, Presiden Park Geun Hye terkait dengan skandal rasuah yang menjadi isu di negara itu.

Malah, beberapa selebriti turut tampil menyertai protes agar presiden itu meletakkan jawatannya. 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: