Wednesday, December 16, 2009

Roboh setinggan ditangguh


PENDUDUK setinggan di Kampung Tanah Lapang berkumpul bagi meminta penangguhan pada operasi meroboh rumah mereka di Sentul, Kuala Lumpur.


KUALA LUMPUR - Matlamat Setinggan Sifar menjelang 2010 mungkin gagal dipandu apabila usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan rumah-rumah setinggan di ibu negara sering tertangguh.

Semalam, atas dasar kemanusiaan pihak tersebut terpaksa menangguhkan operasi merobohkan 21 buah rumah di kawasan setinggan Kampung Tanah Lapang, Sentul di sini berikutan bantahan penduduk.

Ketua Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Rolan Abd. Rahman berkata, penangguhan itu kerana penduduk merayu tempoh masa untuk berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda.

"Saya berharap penduduk kawasan berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa demi kepentingan semua pihak apabila kita merobohkannya dalam masa seminggu lagi

"Apa yang penduduk janji harap ditunaikan. Lagipun perpindahan ini dilakukan demi kebajikan masyarakat supaya mereka mendapat tempat tinggal yang lebih selesa," jelasnya di sini semalam.

Menurut Rolan, penangguhan operasi yang disertai oleh 150 penguat kuasa DBKL dan 20 anggota polis itu diputuskan setelah pihaknya berbincang kira-kira dua jam bermula pukul 10 pagi bersama penduduk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: