Wednesday, July 22, 2009

Seludup bahan letupan dalam kotak kecil


GAMBAR yang disiarkan media Indonesia kelmarin menunjukkan wajah pengebom berani mati, Nur Hasbi dan kepalanya yang ditemui di tempat kejadian letupan bom di Hotel Ritz-Carlton, Jakarta.


KUALA LUMPUR - Pengganas yang meletupkan dua buah hotel di Jakarta, Indonesia pada 17 Julai lalu dipercayai menjadikan kotak-kotak makanan, rokok dan susu untuk membawa masuk bahan-bahan letupan ke dalam hotel J.W Marriot.

Sumber keselamatan berkata, tiga lelaki sebenarnya bertanggungjawab ke atas serangan di hotel itu dan Hotel Ritz-Carlton.

"Ketiga-tiga pengebom berani mati itu mendaftar masuk di J.W Marriott pada 15 Julai iaitu dua hari sebelum letupan berlaku.

"Kita percaya dalam tempoh dua hari itu, ketiga-tiga suspek terbabit keluar masuk hotel tersebut bagi membawa dan mengumpul bahan letupan," kata sumber itu kepada Kosmo! semalam.

Sumber itu memberitahu, taktik membawa bahan letupan itu amat licik kerana ia sukar dikesan pengawal keselamatan di hotel tersebut.




Polis Jakarta sebelum ini mendedahkan hanya dua pengebom berani mati terbabit dalam serangan berkembar itu.

Laporan itu dibuat berdasarkan kepada penemuan dua mayat lelaki di dua buah hotel tersebut.

Mayat pengebom berani mati yang ditemui di Hotel J. W Marriott mendapati tempurung kepala suspek tertanggal manakala mayat suspek yang ditemui di Ritz-Carlton tidak banyak berubah.

Bagaimanapun, jelas sumber itu, siasatan terbaru pihak berkuasa republik itu mendapati seorang lagi lelaki turut terlibat dalam serangan itu tetapi dia melarikan diri.

1 comment:

  1. mcm mana pembalasan di akhirat kelak??????

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: