Tuesday, June 2, 2009

Terkejut masih bernyawa


BEGINILAH keadaan van yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 128.1
Lebuh raya Pantai Timur menyebabkan tiga terkorban kelmarin.





TEMERLOH - Seorang penumpang yang terselamat dalam kemalangan yang menyebabkan tiga maut di Kilometer 128.1 Lebuh raya Pantai Timur (LPT) di sini kelmarin tidak menyangka umurnya masih panjang.

"Van yang kami naiki bergolek beberapa kali atas jalan sebelum dirempuh sebuah kereta melanggar penghadang jambatan.

"Apabila van yang membawa 14 penumpang itu berhenti bergolek, sahabat karib di sebelah saya sudah tidak bernyawa lagi," kata Masrudin (gambar), 25, ketika ditemui di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshah), semalam.

Dia yang merupakan seorang buruh warga Indonesia merasakan dirinya seperti terapung selepas van yang dinaiki itu melanggar penghadang tepi jambatan.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.40 petang itu, tiga nyawa terkorban dan lapan cedera parah termasuk pemandu dan kelindan selepas van dari Kuala Lumpur menuju ke sebuah ladang di Terengganu itu terbabas dan terbalik sebelum dirempuh sebuah kereta lain.

Cerita Masrudin lagi, sebelum kejadian, van tersebut dipandu laju oleh seorang rakyat tempatan selepas menjemput dia dan 11 rakan senegara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: