Tuesday, June 2, 2009

Tak mahu malukan mertua


AISHWARYA RAI


JELITAWAN, Aishwarya Rai bakal memukau penonton dengan gerak tarinya pada malam sambutan ke-10, International Indian Academy (IIFA) yang akan berlangsung di Macau, China, tidak lama lagi.

Ini merupakan persembahan kali keduanya dalam majlis besar. Sebelum ini dalam acara yang sama di Amsterdam pada tahun 2005, Aishwarya atau Aish telah memukau penonton dengan tarian hebatnya.

"Saya teruja kerana ini merupakan majlis yang besar, selain disaksikan oleh ramai orang besar dalam industri filem seluruh dunia. Disebabkan itu saya memang giat berlatih.

"Kalau boleh tidak mahu melakukan sebarang kesilapan di pentas yang hebat kerana selain saya, ramai juga rakan artis yang turut menjayakan persembahan malam itu," katanya.

Menurut kenyataan media daripada pihak penganjur, kali ini, bekas ratu dunia itu akan membuat persembahan di The Venetian-Macau Resort pada malam terakhir majlis anugerah tersebut, 13 Jun ini.

Ada pendapat mengatakan oleh kerana bapa mertuanya, Amitabh Bachchan, merupakan duta IIFA, Aish sanggup bertungkus-lumus berlatih demi memastikan penampilannya tidak memalukanmertuanya itu.

Majlis anugerah yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula 11 sehingga 13 Jun depan dijangka menarik sehingga 500 orang ternama dalam industri perfileman India.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: