Tuesday, June 2, 2009

Malam Retro 46M bangkitkan kenangan


PENGACARA bersama, Pengarang Hiburan Kosmo!, Tengku Khalidah (kiri) dan Niezam Abdullah (Pancaindera) tampil dengan konsep retro.


PADA Jumaat 29 Mei 2009 bertempat di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor, syarikat Utusan Melayu mengadakan majlis ringkas menyambut ulang tahun ke-70.

Dengan kehadiran hampir 500 pegawai dan kakitangan yang berpangkalan di ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad yang terletak di 46M, Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, acara yang dinamakan Malam Jalan Lima (46M) itu turut dihiburkan dengan penampilan AC Mizal sebagai pengacara.


AC Mizal hadir bersama isteri yang juga pengurusnya, Amylia Rosnaida.


Berserta penampilan Kumpulan Chemistry, Jamal Abdillah dan Siti Sarah, acara penuh makna itu turut menyaksikan bakat-bakat ‘terpendam’ di kalangan keluarga Utusan dalam acara ‘Show Time Staff’.

Kakitangan Kosmo!, akhbar paling muda dalam Kumpulan Utusan, yang hari ini semakin digeruni lawan dan kawan, turut memeriahkan acara yang berlangsung selama lebih empat jam itu.


KUMPULAN Chemistry membawa khalayak kepada kenangan masa lalu melalui lagu-lagu dendangan mereka.


Dalam balutan konsep sepanjang jalan kenangan atau ‘retro’, Kumpulan Utusan tidak melupakan para pejuang yang bertungkus-lumus menghidupkan semangat dan api perjuangan di kalangan bangsa Malaysia dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.


PERSEMBAHAN kakitangan Kosmo! pada Malam Retro 46M di Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan baru-baru ini.


Mereka bukan saja pejuang negara bangsa, tetapi turut berkorban untuk kesinambungan hayat Utusan sehingga kukuh dalam dunia persuratkhabaran dengan akhbar seperti Utusan Melayu Mingguan, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad.


KAKITANGAN Utusan menunjukkan bakat terpendam mereka dengan pelbagai kreativiti termasuklah persembahan silap mata.


Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin sempat memotong pulut kuning sebagai tanda kesyukuran di atas segala anugerah dan kurnia yang telah mengiringi perjalanan panjang syarikat akhbar Melayu yang cukup berpengaruh itu.


JAMAL dan Sarah sempat mendendangkan lagu duet popular mereka, Sandarkan Pada Kenangan.


Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang menyumbang pelbagai hadiah dan idea bagi menjayakan Malam Retro 46M Utusan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: