
KUALA LUMPUR - Wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) memasuki fasa yang semakin membimbangkan apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta 2, Petaling Jaya ditutup seminggu mulai semalam, menjadikannya premis kedua menerima arahan dikosongkan.
Keputusan Kementerian Kesihatan itu bermakna kira-kira 800 pelajar dan hampir 50 kakitangan termasuk guru sekolah berkenaan terpaksa dikuarantin di rumah sehingga 27 Jun ini.
Kelmarin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini pada 19 Jun lalu, kini Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta 2 di Petaling Jaya pula mengalami nasib yang sama.
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, arahan tersebut dikeluarkan berikutan terdapat dua kes positif jangkitan tempatan H1N1 membabitkan dua pelajar berusia 11 tahun dari kelas yang berbeza.
"Mangsa demam, batuk dan sakit tekak sejak 21 Jun lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif wabak,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Selain itu, pihaknya juga mengarahkan tiga buah sekolah iaitu Seri Chempaka International School di Batu 9, Cheras, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya menutup satu daripada kelas bermula semalam sehingga 27 Jun ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: