![]() |
| SHAFNIE |
![]() |
| AC MIZAL |
KAJANG - Permohonan model dan pengacara Shafnie Zainudin untuk mendapatkan dokumen sokongan berhubung pendapatan bekas suaminya, penyanyi dan pelakon AC Mizal ditolak Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Hakim Syarie Abdul Malik Soleh memutuskan demikian atas alasan beban pembuktian terletak di atas plaintif (Shafnie) untuk membuktikan dakwaan AC Mizal, 37, yang mengatakan dia tidak mampu membayar nafkah dua anaknya, Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9 tahun.
Sehubungan itu, peguam syarie Azmi Rais yang mewakili Shafnie, 33, memaklumkan pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mendapatkan sapina bagi memanggil beberapa saksi.
Abdul Malik kemudian menetapkan 13 Ogos depan untuk perbicaraan.
Terdahulu, Azmi memaklumkan anak guamnya tidak hadir kerana kurang sihat sementara AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini hadir bersama peguam syarie Siti Aishah Din.
Pada 4 Mac lalu, pengacara Akademi Fantasia itu membantah permohonan Shafnie untuk mendapatkan dokumen pendapatan atas namanya dan pengurus peribadi, Amelya Rosnaida yang juga isterinya.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: