
ALOR SETAR - Tiga jam setengah untuk tunggu hanya empat giliran bagi pemeriksaan di unit kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Kejadian itu menimpa seorang kontraktor, Md. Rashid Nawabuddin, 53, ketika dia datang untuk mendapatkan pemeriksaan ke atas isterinya, Rosmah Yaakob, 56, yang menghidap penyakit kronik di HSB Khamis lalu.
Md. Rashid mendakwa, selepas tiba di HSB pada pukul 11.30 pagi, dia mengambil nombor giliran untuk pemeriksaan penyakit isterinya yang mengalami kanser payu dara, kerosakan buah pinggang, diabetis dan darah tinggi.
"Semasa melihat angka giliran pada kertas itu saya memang berasa lega kerana hanya ada empat pesakit untuk diperiksa sebelum tiba giliran isteri saya.
"Namun tidak sangka tempoh menunggu empat pesakit itu berlarutan sehingga tiga jam setengah," katanya ketika tampil membuat aduan di pejabat Kosmo! di sini semalam.
Nombor giliran yang diperoleh Md. Rashid ialah 6413 dan angka tertera pada slip pesakit yang sedang dilayan ialah 6409 pada pukul 11.30 pagi iaitu masa kertas tersebut dicetak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: