Tuesday, June 23, 2009

Perbankan Islam diterima semua masyarakat


Sebahagian kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna pada Karnival Bertemu Pelanggan Bank Islam di Shah Alam, Selangor kelmarin.


SHAH ALAM - Bank Islam (M) Berhad (Bank Islam), optimis terhadap sistem perbankan Islam akan terus diterima oleh masyarakat bukan Islam di negara ini meskipun banyak produk perbankan konvensional dipromosikan dengan secara agresif oleh institusi kewangan lain.

Penolong Pengurus Besar Pusat Perbankan Konsumer Wilayah Tengah BIMB, Abdul Rahman Ali berkata, ini dapat dilihat daripada jumlah pelanggan bukan Islam yang lebih banyak berbanding pelanggan Islam kerana tahap kesedaran dan keperihatinan mereka terhadap produk berlandaskan syariah begitu tinggi.

Sehubungan itu, pihaknya akan meningkatkan aktiviti promosi bagi meningkatkan pengetahuan dan kesedaran di kalangan orang ramai khususnya umat Islam tentang kebaikan sistem perbankan Islam.

"Di setengah-setengah cawangan Bank Islam terdapat lebih ramai pengguna bukan Islam daripada pengguna Islam, ini menunjukkan konsep perbankan berasaskan syariah telah diterima oleh semua masyarakat di negara ini,'' katanya semasa merasmikan Karnival Bertemu Pelanggan Bank Islam yang julung kali diadakan di Seksyen 23 di sini kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: