|
|
KUALA LUMPUR - Penyanyi klip lagu kontroversi 'Negarakuku', Wee Meng Chee atau Namewee, 26, mengaku tekanan akibat nyanyian lagu itu masih berbekas di hatinya walaupun dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini.
Malah, pelajar tahun akhir pengajian Komunikasi Massa Universiti Ming Chuan, Taiwan itu berkata, kontroversi yang berlaku turut memberi tekanan kepada ahli keluarganya di Muar, Johor.
"Sekali lagi saya ingin tegaskan apa yang berlaku adalah salah faham semata-mata. Saya langsung tidak berniat untuk mempersendakan lagu kebangsaan sebaliknya klip video tersebut dihasilkan hanya untuk suka-suka.
"Bagaimanapun, apa yang berlaku biarlah berlalu. Saya kini tidak mahu menoleh ke belakang sebaliknya mahu menjadikannya sebagai pengajaran pada masa hadapan," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: