
Rezeki Que Haidar makin mencurah-curah. Sejak mendirikan rumah tangga dengan Linda Jasmine, pelakon yang baru menginjak usia 30 tahun pada 30 Mei lalu ini sibuk membahagikan masanya sebagai seorang suami, bapa dan pelakon.
Sibuk di lokasi penggambaran filem Lagenda Budak Setan, yang diadaptasi daripada novel terkenal Ahadiat Akasyah, Que turut diberi penghormatan menjayakan Konsert Untukmu Sudirman yang baru berlangsung di Istana Budaya dan berakhir semalam.
Relevan Que diberi peluang menjayakan konsert tersebut dan ‘menjadi’ Sudirman kerana wajahnya persis penghibur berkaliber yang telah meninggal dunia itu.
Kata Que: “Saya gemuruh, tapi dalam masa yang sama berbangga kerana dipilih menjayakan konsert tribute tersebut. Ia adalah pengalaman berharga buat saya kerana saya diberi kepercayaan ‘menjadi’ Sudirman dan bermonolog yang menjadi tunjang kepada konsert tersebut.”
Novel
Saya pengikut setia novel tulisan Ahadiat Akasyah. Masa zaman sekolah, karakter yang dibina dalam novelnya selalu menjadi inspirasi saya. Saya suka tulisannya. Sebab itu apabila ditawarkan untuk berlakon dalam Lagenda Budak Setan, saya teruja. Ini ialah novel yang saya sudah khatam membaca dan saya selalu berangan nak jadi Kasyah. Malangnya dalam filem ini, saya hanya mampu jadi Azmi dan Kasyah dimainkan oleh Farid Kamil. Tak kisahlah, janji saya terlibat dalam produksi yang mengangkat novel kegemaran saya ke layar lebar.

Teater
Saya rasa sudah 12 tahun saya tidak berada dalam gelanggang teater. Sebenarnya saya rindu untuk kembali main teater. Maklum, sebelum ke layar lebar, saya membesar dengan dunia teater. Saya nak kembali ke dunia teater untuk polish karat-karat lakonan sebab sudah selesa di layar lebar. Dunia teater mengajar saya menjadi seorang pelakon yang baik kerana disiplin dan latihan yang jitu.
Sudirman
SEJAK sekolah rendah sudah ada yang panggil saya Sudirman kecil. Jadi apabila sudah besar, saya sudah terbiasa dengan panggilan Sudirman. Namun, saya ialah Que Haidar, bukan Sudirman. Saya suka lagu-lagu beliau. Tapi saya tak pandai menyanyi. Jadi apabila diberi kesempatan terbabit dalam konsert Sudirman sebagai naratifnya, saya rasa cukup terharu.
Karakter
Saya sebenarnya suka karakter baik. Sebab karakter baik lebih sukar dibawa berbanding karakter jahat. Karakter baik ada kecenderungan membuat orang bosan dengan kita. Dalam banyak-banyak lakonan saya, saya rasa karakter baik yang paling berjaya saya bawakan melalui filem KL Menjerit.
Hubungan
Saya tak sangka hubungan saya dengan Linda berlaku sekelip mata. Sekarang hubungan kami baru masuk setahun. Tapi dalam masa setahun, kami bercinta, berkahwin dan kini sedang menanti kelahiran cahaya mata pertama. Sungguh, perjalanan ini cukup luar biasa dan saya bersyukur kerana sehingga hari ini, hubungan kami berjalan lancar. Perbezaan antara kami yang telah menyatukan kami berdua.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: