Tuesday, June 2, 2009

Ketua ah long Selangor diburu


FRANCO



HOCK FAI


SHAH ALAM - Ketua kumpulan ah long yang paling berkuasa di Selangor bersama lima lagi ahli kumpulannya dicari polis bagi membantu siasatan kes tiga lelaki yang dikurung secara kejam di sebuah rumah kedai di Jalan PBS 14/2, Serdang Jaya, Seri Kembangan Rabu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, lelaki yang dikenali sebagai Franco atau Ong Leng Kok, 32, itu dipercayai mengetuai kumpulan ah long syarikat Kristal-9 Gems Enterprise atau K-9.

Syarikat tersebut didapati ditubuhkan secara haram dan memiliki cawangan di seluruh daerah di negeri ini.

Menurutnya, selain Franco, polis memburu ketua kumpulan yang sama bagi daerah Klang iaitu Chan Ching Fatt atau Ah Fatt, 22, dan ketua daerah Ampang, Yong Hock Fai atau Alex, 25.

"Maklumat diperoleh hasil susulan penahanan dua lagi ah long yang berperanan sebagai penculik dan penyimbah cat ke atas rumah-rumah mangsa yang berjaya ditangkap di sekitar Taman Bukit Permai, Ampang Jaya Sabtu lalu.

"Kita percaya semua suspek yang dikehendaki ini masih berada dalam negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tiga lelaki yang berusia 25 hingga 49 tahun dikurung dan diperlakukan seperti tawanan perang di dalam dua buah bilik kecil kerana gagal melunaskan hutang berjumlah RM1,500 hingga RM4,000.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: