
SUNGAI PETANI - Seorang lelaki dan cucunya terbunuh dalam satu kemalangan ngeri di Jalan Bedong-Alor Setar berdekatan Sungai Tok Pawang di sini semalam ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mengambil ubat.
Datuk dan cucu itu maut di tempat kejadian setelah kereta Perodua MyVi yang dinaiki Abdul Kassim, 90, yang dipandu cucunya, Mohd. Fitri A. Razak, 23, bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan ketika cuba memotong sebuah kenderaan.
Pemandu treler itu, seorang lelaki Cina turut mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Dalam kejadian pada pukul 7.05 pagi itu, kedua-dua mangsa dikatakan keluar dari rumah mereka di Kampung Gajah Putih, Jeneri untuk ke HSAH awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supritenden Ong Aik Chang semasa dihubungi berkata, Perodua MyVi yang dinaiki keluarga itu dalam perjalanan dari arah Gurun ke Sungai Petani dan dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya.
Bagaimanapun, katanya, Mohd. Fitri dikatakan gagal mengawal kenderaannya itu lalu merempuh sebuah lori treler yang dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: