Tuesday, June 16, 2009

Kayu cendana RM5.5j dirampas




Pegawai kastam dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia memeriksa kayu cendana bernilai RM5.5 juta yang cuba diseludup di Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.BUKIT MERTAJAM - Dua lelaki 'tersungkur' setelah percubaan mereka untuk menyeludup kayu cendana gagal.

Kedua-dua suspek yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh pasukan Kastam Diraja Malaysia cawangan Pulau Pinang sewaktu cuba menyeludup kayu berkenaan di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Pulau Pinang kira-kira pukul 10.30 pagi, 10 Jun lalu.

Timbalan Pengarah Kastam negeri, Mariappa Ramayah berkata, semua kayu cendana (Red Sandal Wood) ini, seberat 11 tan dianggarkan bernilai RM5.5 juta cuba diseludup ke China.

"Kayu-kayu yang cuba diseludup ke China itu adalah dari spesies lindungan bawah Appendix II Cites," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Kayu cendana tersebut berbau wangi dan bahagian teras di dalam batang kayu itu kerap digunakan untuk membuat patung bentuk manusia. Ia dipercayai berasal dari daerah Mysoram, India dan antara yang berkualiti tinggi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: