Tuesday, June 16, 2009

Pekerja kilang parah ditetak


Asmah menunjukkan kecederaan di kepala anaknya, Mohd. Azrol di HUSM Kubang Kerian semalam.


KOTA BHARU - Hasrat seorang pekerja kilang untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan di kampung tidak kesampaian apabila dia terpaksa dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini selepas diserang dan ditetak dalam kejadian kelmarin.

Mangsa, Mohd. Azrol Safuan Wahab, 19, dikejarkan ke HUSM selepas mengalami cedera parah di kepala akibat ditetak dengan parang sepanjang kira-kira 60 sentimeter oleh seorang pemuda yang dikenali di Kampung Perupok, Bachok dekat sini.

Mangsa yang bekerja kilang di Klang, Selangor bercuti seminggu bermula Sabtu lalu juga cedera di dada, belakang dan tangan kanan akibat dilibas oleh suspek dalam kejadian pukul 6 petang.

Menurut Mohd. Azrol, pada mulanya dia dan beberapa rakannya sedang berbual di sebuah wakaf di kampung itu.

Bagaimanapun katanya, secara tiba-tiba suspek yang juga tinggal di kampung itu menyerang dan menetaknya di kepala.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: