Thursday, June 18, 2009

Jet Li jadi rakyat Singapura


JET LI


SINGAPURA 17 Jun – Bintang filem aksi China, Jet Li mendapat kerakyatan Singapura dan telah membeli hartanah di bandar raya itu bernilai hampir S$20 juta (RM48.5 juta), menurut satu laporan hari ini.

Akhbar The Business Times tidak menjelaskan tarikh sebenar bintang kelahiran Beijing itu mendapat kerakyatan atau membeli hartanah bernilai tinggi itu.

Akhbar itu juga turut tidak menyatakan sumbernya.

Lembaga Kastam dan Imigresen Singapura (ICA) juga tidak dapat mengesahkan laporan akhbar tersebut ketika dihubungi oleh AFP atas alasan ia adalah sulit.

Beberapa kakitangan One Foundation milik Jet Li di Beijing pula enggan mengulas perkara tersebut.

Jet Li merupakan bintang filem China terbaru yang memohon kerakyatan Singapura, telah mengikuti jejak langkah Gong Li yang pernah membintangi bersama artis itu dalam Farewell My Concubine.

Gong Li yang sebelum ini terkenal menerusi Memoirs of a Geisha, tidak mempunyai sebarang pertalian dengan Jet Li, telah menjadi rakyat Singapura tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: