![]() |
| Ingrid Kansil |
Ingrid Kansil seorang pelakon sinetron kini terjun ke dunia politik, malah Ingrid berjaya menempatkan dirinya ke Senayan apabila terpilih menjadi wakil legislatif semasa Pemilihan Umum lalu. Ingrid mewakili Parti Demokrat untuk daerah pemilihan Sukabumi.
Pada mulanya Ingrid hanya menyokong suaminya dalam dunia politik tetapi akhirnya terpikat dengan dunia tersebut kerana dapat mengabdikan diri terhadap masyarakat terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.
Semasa mengadakan kempen, Ingrid dapat melihat sendiri bagaimana susahnya dan sulitnya kehidupan yang ditempuhi oleh sesetengah golongan wanita dan kanak-kanak yang terabai hak mereka untuk menuntut ilmu.
Fokus utama Ingrid adalah untuk memberikan perhatian terutamanya dalam meningkatkan tahap kesihatan, meningkatkan tahap pendidikan dan menyokong program perancangan keluarga iaitu mengurangkan jumlah anak bagi meningkatkan kualiti sesebuah keluarga.
agi tujuan berbakti kepada masyarakat ini, Ingrid memilih untuk mengurangkan aktiviti lakonannya walaupun pendapatan di bidang lakonan agak lumayan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: