BARU-BARU ini, kecoh juga apabila tersiar cerita seorang pelakon yang ditangkap khalwat bersama pasangannya. Khabarnya, si pelakon itu hanya diliputi langsir ketika cuba melarikan diri, apabila diserbu pegawai pencegah maksiat. Cik Normah pun terkekeh-kekeh juga ketawa, tatkala membaca berita itu. Iyerlah, kasihan pun ada, lucu pun ada juga.
Telefon di meja Cik Normah juga tak berhenti-henti berdering, sebaik saja cerita itu disiarkan. Maklumah ramai juga kalangan masyarakat industri hiburan yang ingin tahu siapa sebenarnya pelakon berkenaan?
Apa yang Cik Normah tahu, sebenarnya selebriti itu bukanlah pelakon, sebaliknya pengacara sebuah program TV. Paling tidak, itulah yang disampaikan beberapa sumber ke telinga Cik Normah.
Paling baru Cik Normah dengar, pengacara yang disyaki sebagai lelaki dililit langsir itu menafikan dirinya yang ditahan pihak pencegah maksiat. Dia siap telefon syarikatnya, memberitahu dirinya dalam keadaan OK saja. Maknanya, tidaklah dia ditahan atau sebagainya. Syarikat tempat dia bekerja pun, katanya, mendakwa kakitangannya itu tidak terbabit dalam kes berkenaan.
Kalau macam tu, eloklah si pengacara tadi tampil ke depan membersihkan namanya. Tak eloklah apabila orang ramai bercerita fasal awak, sedangkan bukanlah awak yang sebenarnya yang terbabit dalam kes memalukan berkenaan.
Kalau si pengacara ini tak mahu jumpa orang lain, jumpa Cik Normah pun tak apa. Cik Normah juga tak suka kalau masyarakat menuding jari kepada orang yang tak bersalah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: