Tuesday, June 16, 2009

Dengarnya... Joe Hasham dapat pingat kebesaran Australia



JOE HASHAM dan isteri.

SERONOK sungguh rasa Cik Normah apabila mendapat tahu penggiat teater terkenal tanah air, Joe Hasham menerima Anugerah Medal of the Order daripada kerajaan Australia, beberapa hari lalu.

Pengumuman penganugerahan itu dilakukan Rumah Kerajaan, Canberra pada 8 Jun, yang mengumumkan pengarah seni yang juga pengasas bersama The Actors Studio dan Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac) itu dianugerahkan pingat berkenaan, mengikut sistem penganugerahan Australia.

Pingat Order of Australia ialah sebahagian cara kerajaan Australia mengiktiraf perkhidmatan cemerlang rakyatnya. Pengiktirafan itu sememangnya amat mengharukan Joe.

Joe dilahirkan di Tripoli, Libya dan mendapat pendidikan di Sydney, Australia. Dia berhijrah ke Malaysia pada 1984 dan kini berbangga menjadikan negara ini sebagai tempat tinggalnya.

Dia ialah Pengarah Seni The Actors Studio, yang ditubuhkannya bersama isteri, Faridah Merican, pada 1989. Joe juga Pengarah Seni KLPac.

Joe ialah graduan Institut Seni Drama Kebangsaan (Nida) dari University of NSW, Sydney, Australia. Sebelum memutuskan untuk berhijrah ke Malaysia, dia antara pelakon paling dikenali di negara berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: