Tuesday, June 16, 2009

* Dengarnya... Macam-macam dengan si penyanyi ini


CIK NORMAH bukanlah kenal sangat dengan penyanyi ini. Bukan bermakna dia tidak popular, cuma Cik Normah saja yang tidak ada banyak peluang bertemu mata dan berbual-bual dengannya. Tapi Cik Normah banyak membaca mengenainya di dada akhbar dan majalah, selain mendengar lagunya yang kerap juga berkumandang di radio, terutama pada era 1980-an dan 1990-an.

Baru-baru ini, sekali lagi Cik Normah terdengar cerita mengenai penyanyi lelaki yang boleh dianggap kacak. Sayangnya, cerita yang Cik Normah dengar bukanlah dalam cerita positif.

Khabarnya, si penyanyi bersuara lunak ini sepatutnya muncul dalam persembahan yang diadakan sebagai penghargaan kepada seorang artis tersohor tanah air. Persembahan itu pula berlangsung selama tiga malam. Pada dua malam pertama, penyanyi lelaki ini dikatakan berjaya melakukan tanggungjawabnya untuk menghiburkan peminat dalam dewan.

Tiba giliran malam ketiga, penganjur kecut perut sebab penyanyi ini tidak muncul. Peminat mungkin tidak sedar dengan kerenahnya tetapi penganjur yang pening kepala memikirkan ke mana pula perginya penyanyi itu.

Selepas diselidik, rupa-rupanya, si penyanyi tadi memang berada di kawasan di mana persembahan diadakan. Tetapi, dia bukan berada dalam dewan, sebaliknya dia pergi menyanyi bersama beberapa rakan lain di sebuah lagi acara di luar dewan. Hendak dijadikan cerita, dua persembahan itu diadakan lebih kurang serentak. Yang dalam dewan berbayar, yang di luarnya percuma!

Kata beberapa teman Cik Normah, penyanyi itu sebenarnya ‘lalok’ pada malam terakhir itu. Sebab itu dia tidak sedar yang dia sebenarnya berada di acara lain.

Kalau tak silap Cik Normah, penyanyi itu berkata, acara di luar dewan itu pun persembahan nyanyian juga, jadi tak ada bezanya.

Isyyy... Banyak bezanya cik abang oi! Penganjur sudah membayar awak untuk menyanyi pada acara anjuran mereka, sedangkan yang kat luar tu persembahan percuma.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: