Tuesday, June 2, 2009

Dengarnya...: Apabila cinta sedang berbunga


SEJUK hati Cik Normah mendengar kisah mengenai pasangan kekasih yang satu ini. Ikutkan hati Cik Normah mahu saja menulis nama si polan yang dimaksudkan ini. Tapi biarlah Cik Normah tinggalkan ia menjadi tanda tanya.

Iyalah, kalau tanya empunya badan, memang mereka tidak akan mengaku bercinta biarpun hakikatnya bunga-bunga cinta sedang mekar di antara mereka. Tak apalah dik, janji kalian berdua bahagia.

Terbaru, Cik Normah dapat tahu si artis lelaki yang comel itu begitu mengambil berat terhadap kekasih hatinya yang juga seorang pelakon yang berbakat besar sepertinya. Bayangkan, artis lelaki itu sanggup menghantar makanan kepada kekasihnya sebagai bukti betapa utuh cintanya terhadap kekasihnya.

Tersedak Cik Normah dengar, iyalah dulu zaman Cik Normah bercinta setakat berkongsi makanan sepinggan adalah tetapi taklah sampai menghantar makanan ke rumah.

Cik Normah tak cemburu, jauh sekali bersikap dengki, tapi Cik Normah tumpang seronok dengan hubungan mereka. Mereka masing-masing masih muda dan jauh lagi perjalanan dalam dunia seni. Kalau betul, biarlah hubungan itu berpanjangan dan jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Cik Normah pun suka kalau mereka betul-betul serius.

Agaknya, kalau Cik Normah kelaparan, siapalah yang sudi menghantar makanan dekat Cik Normah. Mungkin dalam mimpi kot. Cik Normah pun tak harap makanan yang dihantar sebab ia akan menjadi punca badan Cik Normah akan naik kembali. Cukuplah Cik Normah berbadan montok seadanya seperti sekarang, biarpun ada yang makan hati melihat tubuh badan yang menggiurkan ini.

Setakat ini, adalah peminat misteri dalam diam yang hantar coklat, bunga dan kek. Yang hantar surat nak berkenalan pun ada, tapi maaf ye, Cik Normah sudah berpunya. Nak lebih-lebih, kirim salam sajalah!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: