![]() |
| DAISY FAJARINA mencium pipi anaknya, Manohara sejurus model itu tiba di kediamannya dekat Jakarta kelmarin. |
![]() |
| |
JAKARTA – Seorang model berdarah kacukan Indonesia-Amerika Syarikat, Manohara Odelia Pinot dengan bantuan polis Singapura melarikan diri ke pangkuan keluarganya di Indonesia dan seterusnya mendakwa kononnya dikasari, dicabul dan diseksa oleh seorang kerabat diraja Kelantan.
Manohara, 17, berkata, dia dilayan tidak ubah seperti seorang hamba seks selepas berkahwin dengan Tengku Temenggong Mohammad Fakhry pada tahun lalu.
Ibunya, Daisy Fajarina berkata, dia akan memfailkan dakwaan terhadap putera berusia 31 tahun itu selain menuduh Kuala Lumpur dan Jakarta cuba menyembunyikan penderaan terhadap anaknya.
“Perkara yang saya takuti selama ini menjadi nyata. Manohara menjadi mangsa penderaan fizikal. Anak saya dilukai dengan pisau cukur. Dia memiliki beberapa parut di dada.
“Tiada ibu bapa yang sanggup berdiam diri apabila melihat anak mereka diperlakukan sebegitu kejam,” dakwa beliau.
Menurut Daisy, rayuan untuk melawat Manohara sebelum ini ditolak kerajaan Malaysia malah dia turut dilarang daripada memasuki negara berkenaan.
Tambah Daisy, Kedutaan Indonesia pula memberitahu, Manohara berada dalam keadaan baik dalam jagaan suaminya.
Bagaimanapun, model remaja berkenaan mendakwa sebaliknya dan menurut Manohara, kehidupannya di Istana Kelantan sengsara kerana menjadi mangsa penyeksaan.
Jelas model jelita itu, dia beberapa kali disuntik dengan dadah sehingga menyebabkan dia muntah darah.
“Saya masih trauma dengan apa yang berlaku dan ia meninggalkan luka mendalam dalam diri saya,” katanya kepada wartawan di Jakarta kelmarin selepas melarikan diri daripada keluarga diraja Kelantan ketika berkunjung ke Singapura pada hujung minggu lalu.
Manohara turut memberitahu, dia akan diseksa sekiranya tidak kelihatan gembira ketika menghadiri majlis keraian bersama Tengku Mohammad Fakhry.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: