Sunday, June 7, 2009

Cinta Laura jadi guru bahasa


CINTA LAURA


KEMAMPUAN Cinta Laura berbahasa Inggeris tidak perlu dipertikaikan lagi. Maka, tidak hairanlah jika dia terpilih menjadi duta salah satu kolej bahasa ternama di dunia, English First (EF).

Namun, atas alasan peribadi Cinta menerima tawaran itu untuk menggalakkan masyarakat Indonesia lebih percayakan diri dalam berbahasa Inggeris.

"Di Indonesia, ramai orang pandai tetapi sangat terbatas dengan bahasa, terutama bahasa Inggeris. Saya rasa kalau ia digunakan setiap hari, kita akan terbiasa dan tidak tersekat-sekat lagi," tutur Cinta.

Menurut Cinta lagi, di sekolah miliknya yang berada di Bogor juga sudah banyak diterapkan penggunaan bahasa Inggeris walaupun bukan di tahap profesional.

"Ya, di sekolah Mama (yayasan milik ibunya, Red) kini sudah menggunakan Bahasa Inggeris dalam semua pelajaran. Malah mereka rajin mengucapkan 'good morning' setiap kali bertemu kami. Yang penting, kami gunakan bahasa Inggeris yang mudah dahulu," kata pelakon dan penyanyi yang kerap mengajar bahasa Inggeris kepada beberapa krew di lokasi penggambaran.

Cinta juga mengaku pernah menjadi guru di sekolahnya itu. Sekiranya dia tidak sempat untuk berada di sekolah kerana terlalu sibuk di lokasi, dia akan berusaha menyediakan peruntukan setiap bulan bagi menggajikan guru-guru dan juga pembiayaan pengurusan sekolah.

"Bahasa saya tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Jadi pada pendapat saya, bukan hanya tatabahasa yang dipelajari tapi juga skil berkomunikasi," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: