Wednesday, June 3, 2009

Beri tempoh seminggu - Manohara diminta sediakan laporan perubatan bukti didera


SAAT-SAAT BAHAGIA... Tengku
Mohammad Fakhry bersama
isterinya, Manohara Odelia Pinot.






KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Bekas model Indonesia, Monahara Odelia Pinot, 17, dikehendaki mengemukakan laporan perubatan dalam tempoh seminggu atau membuat permohonan maaf sekiranya tidak mahu berdepan dengan sebarang tindakan perundangan.

Sahabat karib Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry, Mohd. Soberi Shafili (gambar) berkata, syarat itu ditetapkan memandangkan dakwaan wujudnya penderaan seperti mana yang dibuat Manohara begitu mengaibkan pihak Istana Kelantan.

Menurut beliau, sehingga kini, pihaknya masih belum menerima laporan perubatan tersebut walaupun telah memaklumkannya kepada pihak Manohara sebelum ini.

"Kami turut menetapkan syarat pemeriksaan perubatan mesti dilakukan oleh doktor pakar luar Indonesia bagi memastikan tidak timbul sebarang kesangsian atau kemungkinan ia dimanipulasi.

"Kini kita mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada mereka akan melakukannya atau tidak. Bagi pihak Tengku Mohammad Fakhry, kami tenang menghadapi situasi ini kerana yakin berada di pihak yang benar," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan Manohara melarikan diri ke pangkuan keluarganya di Indonesia dan seterusnya mendakwa kononnya dikasari, dicabul dan diseksa oleh kerabat diraja Kelantan itu pada tahun lalu.

Mohd. Soberi memberitahu, pihaknya bersedia mengambil tindakan undang-undang memandangkan dakwaan dan fitnah yang dilakukan Manohara agak melulu dan tidak berasas.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: