Tuesday, June 16, 2009

Bekas tunang tarik balik tuntutan saman RM70,000 - Kami tetap berkawan - Nur Diana


MUHAMMAD SALLEH (kiri) berbincang sesuatu dengan peguamnya Ahmad Nazib di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - "Saya dengan dia tetap berkawan sebab kami bukan musuh. Untuk menyambung semula tali pertunangan... itu tidak mungkin."

Demikian ulas bekas tunang Muhammad Salleh Muhamad Yusuf, Nur Diana Ahmad Zubir, 28, ketika ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rendah Syariah semalam yang membenarkan kes tuntutan ganti rugi RM70,000 ke atasnya ditarik balik.

Nur Diana yang lega dengan keputusan itu ketika dihubungi berkata, sebagai defendan, sudah pasti keputusan yang diputuskan oleh mahkamah berkenaan menggembirakan dia dan keluarga.

Mengakui tiada permusuhan antara dirinya dan Muhammad Salleh, dia menambah, keputusan itu adalah yang terbaik untuk mereka.

"Saya harap keadaan selepas ini akan menjadi lebih tenang dan keputusan menarik balik kes ini adalah yang terbaik daripada membiarkan kes ini berlanjutan terlalu lama.

"Saya juga tidak mahu berfikir panjang mengenai kes ini dan bagi saya yang lepas itu, lepaslah," kata Nur Diana ketika dihubungi melalui telefon bimbit Muhammad Salleh.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: