Tuesday, June 16, 2009

Lari kerana tak mahu pulang


KERATAN muka
depan Kosmo!
semalam.





SUNGAI PETANI - Amah yang patah kaki selepas cuba melarikan diri dari bilik kurungan di tingkat satu Kompleks Temim di sini menggunakan kain yang disambung bertindak demikian kerana enggan dihantar pulang ke Indonesia.

Mastuna Daksunmin, 36, dari Jawa, Indonesia berkata, dia tidak mahu pulang kerana perlu mencari rezeki di negara ini bagi menyara empat orang anaknya.

Dakwa wanita itu, dia telah diserahkan oleh majikannya dari Taman Petani Jaya di sini kepada ejen pembantu rumah Sabtu lalu atas alasan menghidap sejenis penyakit berjangkit.

"Saya telah sebulan bekerja dengan majikan saya di Taman Petani Jaya tetapi selepas mereka kata saya ada penyakit majikan saya menghantar saya kepada ejen semula," kata Mustafa semasa ditemui di Hospital Sultan Abdul Halim di sini semalam.

Sebaik mengetahui akan diserah semula kepada ejen, Mastuna memberitahu, dia merayu kepada majikannya itu untuk terus bekerja tetapi tidak diterima.

"Apabila sampai di bilik itu, saya ditempatkan bersama seorang lagi wanita juga dari negara Indonesia," ceritanya.

Selepas semalaman di kurung di situ dia membuat keputusan untuk melarikan diri dari bangunan itu dan mencari kerja di tempat lain.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: