Tuesday, June 2, 2009

Jalan ke rumah bakal pengantin ditambak


KERATAN Kosmo! 29 Mei 2009.


SETIU - Ada berita gembira buat bakal pengantin baru, Noraini Ibrahim, 27, menjelang hari persandingannya di Kampung Fikri di sini pada 6 Jun ini.

Walaupun jalan ke rumahnya tidak sempat diturap, namun laluan itu akan lebih selesa kerana akhirnya ditambak dengan batu semalam.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung tersebut, Adnan Mohamad, tindakan itu dilakukan untuk memberi keselesaan kepada kira-kira 5,000 tetamu majlis itu.

"Meskipun projek menambah baik jalan itu sepatutnya bermula Julai ini kerana banyak permohonan lain yang wajar diberi perhatian, namun kita tetap prihatin untuk melihat majlis perkahwinannya berlangsung dengan meriah," katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurutnya, tiga buah lori digunakan untuk membawa batu bagi menambak lopak di laluan tersebut sebagai langkah sementara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: