KEGUGURAN rambut menjadi masalah utama tanpa mengira lelaki atau wanita hingga menyebabkan mereka hilang keyakinan diri apabila berhadapan dengan masyarakat.
Sekiranya mengalami masalah keguguran rambut melebihi 100 helai setiap hari, ia adalah masalah serius. Peningkatan usia dan perubahan hormon antara faktor yang menyebabkan helaian rambut hilang daya tahan, rapuh dan rosak.
Bagi Pengasas SugardollbyNN Enterprise (Sugardollbynn), Nur Nabilah Mohd Nazib berkata, masalah keguguran rambut boleh terjadi kepada sesiapa sahaja dan langkah pencegahan awal perlu dilakukan untuk mengelakkan masalah tersebut.
“Sebilangan besar daripada kita menganggap keguguran rambut sebagai sesuatu yang terlalu remeh, lalu mengabaikannya. Sedangkan ia boleh berlarutan sehingga menjadi masalah botak di kepala.
"Ia akan melibatkan kos tinggi, berbanding tindakan mengambil langkah mencegah dan melakukan penjagaan rapi. Nutrien secukupnya harus diambil bagi mengekalkan pertumbuhan rambut yang sihat dan lebat,” katanya.

Sugardollbynn lahir daripada pengalaman sendiri
Nur Nabilah berkata, Sugardollbynn didatangkan dengan ‘dua dalam satu’ iaitu semburan rambut ‘Intensive Hair Tonic’ dan berbentuk tablet iaitu ‘Hair and Skin Vitamins’, kedua-duanya saling berkaitan dan membantu pengguna yang mengalami masalah rambut.
“Intensive Hair Tonic mengatasi masalah keguguran rambut dan kulit kepada gatal. Dengan adanya ekstrak ginseng, anagain, D-Panthenol dan vitamin, ia akan menguatkan akar rambut dan membesarkan saluran darah untuk merangsang proses pertumbuhan rambut baharu.
“Hair and Skin Vitamins mengandungi nutrien tambahan yang diperlukan untuk tubuh lebih sihat. Kandungan seperti Biotin akan membantu pertumbuhan rambut dan kesihatan tubuh," katanya.
Nur Nabilah berkata, multivitamin yang terdapat di dalam tablet akan membantu memiliki kulit lebih cantik, menguatkan kuku dan membantu mengatasi masalah lain seperti kulit kering dan tumit pecah.
Jelasnya, penghasilan produk Sugardollbynn tercetus apabila dia sendiri berpengalaman mengalami keguguran rambut selepas bersalin pada 2012 .
“Saya bimbang apabila keguguran rambut semakin teruk sehingga bahagian depan rambut saya mulai botak, saya menyorokkan bahagian itu. Saya juga mencuba pelbagai rawatan lain, tetapi hanya menemui jalan buntu dan hampa.
"Akhirnya saya mengambil keputusan menghasilkan produk sendiri. Saya berjumpa pakar farmasi, nutrisi dan kilang pembekal komponen tulen (OEM) untuk mencari bahan yang diperlukan.
“Saya menjalankan penyelidikan dan pembangunan selama empat bulan sebelum menghasilkan Sugardollbynn,” katanya.
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keguguran rambut, antaranya kekurangan vitamin, pengaruh hormon, kerap menggunakan produk rambut yang mengandungi bahan kimia dan sebagainya.
Menurutnya, kekurangan zat makanan, kecacatan genetik atau biologi dan kurang pengambilan nutrien tertentu juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
“Setelah melakukan kajian terperinci, saya mengambil keputusan menghasilkan produk sendiri, Sugardollbynn untuk membantu mereka yang mengatasi masalah keguguran rambut dan botak.
“Kedua-dua produk ini melengkapi satu sama lain, dengan mengamalkan konsep secara luaran dan dalaman yang bekerja serentak, bagi memberi keputusan yang sangat baik untuk membantu pertumbuhan rambut. Produk ini memberi fokus untuk membantu mengatasi masalah rambut, membantu perubahan pada kulit juga menjadi cerah, bersih dan mengurangkan jerawat,” katanya.
Jelasnya, produk ini mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan boleh digunakan bagi mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Sasaran jualan 10,000 kotak
Nur Nabilah berkata, bermodalkan RM117,000, Sugardollbynn memahami kehendak pelanggan yang semakin mementingkan kecantikan dalaman dan luaran.
“Sugardollbynn menggunakan formula secara klinikal serta memberikan perubahan positif tanpa kesan sampingan berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam industri, walaupun beberapa bulan di pasaran.
“Sugardollbynn boleh dibeli melalui atas talian (online) iaitu di Instagram @sugardollbyNN dan boleh menghubungi talian 018-2282002. Mereka juga boleh membeli di ibu pejabat Sugardollby NN di The Element Ampang, Kuala Lumpur,” katanya.
Walaupun masih baharu di pasaran sejak Oktober lalu, jualan Sugardollbynn yang dijual RM169 mencecah 1,500 kotak sebulan.
“Sugardollbynn juga mencatatkan sejarah apabila berjaya dijual sebanyak 500 kotak dalam masa sehari. Ia menunjukkan keyakinan pelanggan terhadap produk kami. Sugardollbynn menembusi pasaran Brunei, Singapura dan Filipina,” katanya.
Tambahnya, kebanyakan pelanggan Sugardollbynn akan membeli kali kedua dan memperkenalkan produk ini kepada rakan-rakan mereka.
“Maklum balas yang kami terima ialah mereka melihat kesan selepas genap tujuh hari menggunakannya antaranya kulit makin cerah, anak rambut mulai tumbuh, tumit tidak akan pecah, kuku menjadi kuat dan siku mereka tidak mengalami kulit kering,” katanya.
Nur Nabilah memberitahu, dia juga memberikan video tutorial cara pemakanan dan pemakaian produk Sugardollbynn kepada pelanggan.
Nur Nabilah optimis jualan produk itu dijangka meningkat 10,000 pada enam bulan pertama 2017, dipacu oleh beberapa langkah pemasaran yang akan dilaksanakan.
“Sugardollbynn sedang mencari stokis dan menjangkakan akan mempunyai stokis di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Setakat ini, Sugardollbynn mempunyai stokis di Brunei dan Singapura sahaja.
“Sugardollbynn juga menerima permintaan dari negara luar antaranya Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman,” katanya.
Tambahnya, syarikat juga akan mengeluarkan beberapa produk kecantikan dan penjagaan diri baharu menjelang akhir tahun depan.

Tawaran istimewa di Mood Republik
Nur Nabilah berkata, sempena Mood Republik yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur, pada 23, 24 dan 25 Disember nanti, di BOOTH 4101, Sugardollbynn menawarkan potongan harga bagi produknya.
“Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program itu berlangsung antaranya setiap pembelian produk Sugardollbynn akan membolehkan mereka di tatarias dan penataan rambut secara percuma.
“Bagi mereka yang mahu menghadiri pelbagai majlis dan keraian pada tiga hari tersebut, jangan lepaskan peluang mengunjungi kami di PWTC,” katanya.
Tambahnya, kepada mereka yang mempunyai masalah keguguran rambut, mereka dijemput hadir kerana pihaknya akan memberikan cara penjagaan dan rambut dengan baik.
“Sempena Mood Republik, kami juga akan melancarkan siri terbaharu syampu dan perapi rambut dengan tawaran harga promosi istimewa iaitu RM59 sahaja. Promosi tersebut berlangsung selagi stok masih ada,” katanya.